Merah Kasturi

Merah Kasturi blog review mengenai gaming , filem , buku , drama di dalam Bahasa Malaysia

Responsive Ads Here

Monday 19 September 2016

Teori Train To Busan

Filem  Train To Busan mendapat sambutan hangat diseluruh dunia namun begitu filem ini kekurangan beberapa aspek dari segi perjelasan kemungkinan jawapan ini akan dapat di dalam sequelnya nanti . Ada beberapa teori mengenai filem zombie makan budak antaranya adalah

Gigitan tidak cukup untuk menjadikan anda zombie 

Tiga watak utama telah digigit oleh zombie dan ketiga-tiga mereka menjadi zombie , namun begitu benarkah ?

Scene pertama Sang-Hwa digigit di tangan , ketika dia menahan zombie lain dari masuk ke gerabak telah kelihatan dia bertukar menjadi zombie namun begitu dia tetap menghalang zombie lain dari masuk ke gerabak hinggalah dia jatuh . Nenek tua yang menjadi mangsa zombie pada waktu yang sama dengan Sang Hwa telah bertukar namun begitu tidak kelihatan Sang Hwa yang menjadi zombie berkeliaran .



Scene kedua Yong Suk yang digigit telah menjadi zombie dan berada di gerabak , dia kemudian membuka pintu dan bersemuka dengan Seok Woo dan masih sedarkan diri . Namun begitu dia mula meluahkan perasaan mengenai ibunya sebelum hilang kesedaran diri dan menyerang Seok Woo

Scene terakhir Seok Woo , yang meninggalkan anaknya dalam gerabak dan berada di belakang gerabak menanggis sepuas hati sebelum mendapat imbasan saat gembira bersama anaknya sebelum jatuh atau bunuh diri dengan terjun dari gerabak .

Gigitan sahaja tidak cukup untuk menjadi zombie , namun begitu mangsa mestilah hilang kesedaran diri . Kebanyakkan yang menjadi zombie dengan cepat adalah yang digigit hingga mati kecuali zombie pertama di dalam keretapi . Dia kelihatan cuba melawan tetapi gagal .

Selagi mangsa tidak hilang kesedaran diri mereka mungkin dapat mengawal diri mereka . Namun begitu dua iainya dalah sangat sukar kerana minda mereka telah dibayangi kenangan lama . Seok Woo dengan anaknya dan Yong Suk dengan ibunya .

Tiga watak yang mungkin akan muncul untuk sequal 


Ada tiga watak yang mungkin akan muncul untuk sequal dan ketiga-tiga watak ini telah disebut oleh Seok Woo  melalui panggilan telefonya .

Isteri Seok Woo yang tidak suka dengan perangai Seok Woo yang pentingkan diri . Seok Woo gagal menghubungi isterinya namun tidak dapat dibuktikan samaada dia telah diserang berbeza dengan ibunya yang membuat panggilan terakhir sebelum menjadi zombie .

Ahli tentera , dia mendapat panggilan dari Seok Woo dan mahu bantuannya di Daejeon . Memberitahu bahawa Seok Woo akan dibebas dari kuarantin dan berjanji akan menelefon orang bawahannya . Namun begitu Seok Woo dihubungi kembali untuk diberitahu yang orang bawahannya gagal dihubungi .

Trader , dia menelefon Seok Woo dan memberitahu yang dia mungkin terlibat di dalam pemyebaran virus yang menyebabkan tragedi zombie ini . Dia ditenangkan oleh Seok Woo dan diberitahu itu bukan salahnya .



2 comments:

  1. saya tak berkesempatan menonton movie ini maklum sahaja...jarang ada teman

    ReplyDelete
  2. Qiya belum tengok lagi movie Train To Busan ni. Bila agaknya dapat tengok? Haha

    ReplyDelete