Merah Kasturi

Merah Kasturi blog review mengenai gaming , filem , buku , drama di dalam Bahasa Malaysia

Responsive Ads Here

Monday 26 October 2015

Final Fantasy X - Kisahku Bermula

Tiada apa yang lebih Tidus benci selain dari ayah kandungnya sendiri Jecht yang telah hilang sepuluh tahun lepas ironinya dia salah seorang bintang sukan  yang menyertai Jecht Memorial Cup sebuah pertandingan Blitzball bagi mengenang kehilangan jaguh Blitzball ini .

Namun begitu sesuatu yang ganjil berlaku apabila Zanarkand diserang sejenis makhluk yang dikenali sebagai Sin .  Dengan batuan Auron, Tidus telah dibawa masuk ke dunia 1000 tahun selepas kemusnahan Zanarkand yang dipanggil Spira .

Pada saat itu kisahnya bermula ...






Plot Dan Jalan Cerita 


 Proluge 

Yuna dan Guardian sedang berehat di sekiling unggun api tanpa banyak bersuara , Tidus orang pertama bangun dan memegang bahu Yuna selepas itu dia ke tebing dan bermonolog .

"Listen to my story.This.. may be our last change".

Zanarkand 

Selamat datang ke Zanarkand ! Malam ini adalah malam berlangsungnya Jecht Memorial Cup , pertandingan Blitzball bagi mengenang kehilangan Jecht  malahan salah seorang peserta adalah anaknya sendiri . Tidus !

Tidus sedang leka memberi tandatangan pada peminatnya menyangkakan hari ini sama seperti hari sebelum ini menyertai Blitzball bagi mewakili kumpulan Zanarkand Abes . Apabila dia ditegur oleh seorang yang tidak dikenali mengenai sesuatu yang mengkin berlaku malam ini .

Zanarkand Abes menguasai perlawanan namun begitu pabila Tidus ingin melakukan sepakannya dia melihat sesuatu yang tidak dijangka , Sin menyerang ! Serangan dari Sin mengejutkan semua orang kecuali seorang . Auron .

Auron seorang lelaki memakai pakain serba merah dan bercermin mata hitam menunggu Tidus di pintu masuk stadium . Tidus yang tidak faham apa yang berlaku hanya mengikut Auron . Budak misteri berjubah unggu muncul apabila masa berhenti dan memberitahu "It begins . Don't cry" (Sudah bermula , jangan menangis)

Auron memberitahu yang makhluk menyerang Zanarkand dikenali sebagai Sin malahan memberi Tidus sebilah pedang katanya hadiah dari Jecht . Pertempuran berlaku apabila Sin sesutau objek seperti sisik Sin jatuh ke jalan . Sisik itu adalah sejenis makhluk dikenali sebagai Sinscales .

Serangan tidak berakhir disitu apabila Auron dan Tidus diserang oleh makhluk yang lebih besar . Sinspawn Ammes walaupun lebih kuat namun serangannya bergantung pada Demi iaitu serangan yang akan menyebabkan karekter hilang 25% dari jumlah HP .  Sebaik sahaja Sinscale dibunuh , tiada apa yang membahaya malahan serangan Overdrive Auron mampu menewaskan makhluk ini dengan mudah .

Masalah sebenar adalah Sin itu sendiri , Sinscales terus menyerang Auron menyuruh Tidus memusnahkan generator , tidak banyak membantu . " Mari letupkan jalan ini dan berlari di atas jambatan runtuh !" .

Tidus yang gagal melompat ke seberang jambatan berpaut pada bahagian hujung , meminta tolong pada Auron . Auron segera mengangkat Tidus , namun tanpa dia jangka Auro mengangkatnya agak tinggi hanya untuk disedut masuk ke dalam Sin . 

Dia kini berada di satu tempat yang dia sendiri tidak tahu , mencari kemana hilangnya Auron . Tidus melihata imbasan ayahnya yang telah hilang satu ketika dahulu .  Entah bagaimana dia kini berpindah ke satu tempat lain . 

Tanpa dia sedar , ada sesuatu di dalam air menantinya .

Karekter 

Tidus - Watak utama siri ini , anak kepada Jecht .  Mahir menggunakan pedang , adakah kerana Auron pernah mengajarnya ?

Auron - - Kemunculan Sin seperti telah dia jangka . Membantu Tidus namun seolah-olah sengaja membawa Tidus  masuk ke dalam Sin

Peminat - Sekumpulan peminat Tidus berkumpul sebelum perlawanan .  Bercakap dengan mereka memberi peluang kepada permain untuk memiliki potion .

Budak berjubah unggu - Salah seorang peminat Tidus ? Budak berjubah unggu seolah-olah tahu apa yang berlaku dan apa akan berlaku . Tapi kita tidak tahu tentang dia .

Musuh 

Sinscale - Makhluk ini lemah tetapi jumlahnya yang banyak memberi  masalah pada Tidus dan Auron .

Sinspawan Ammes - Melakukan serangan Demi berturut-turut . 

Item 

  1. Potion 
  2. Longsword

No comments:

Post a Comment