Merah Kasturi

Merah Kasturi blog review mengenai gaming , filem , buku , drama di dalam Bahasa Malaysia

Responsive Ads Here

Thursday 30 July 2015

The Lost World oleh Helmi Effendy

The Lost World karya Helmi Effendy membawa message yang jelas seperti mana JK Rowling yang menulis kerana perasaan takutnya pada labah-labah atau juga seperti Rick Riordan yang membawa isu dihadapi oleh kebanyakan kanak-kanak .

01. Kita melihat bagaimana satu hari nanti manusia menjadi taksub dengan teknologi dan sains sehingga kita menyangka kita setaraf tuhan . Kita menyangka apa yang mati boleh dihidupkan melawan hukum alam . Baru black out jer malapetaka dah berlaku . Bertapa kedilnya manusia .

02. Sudah menjadi sifat asal manusia mempunyai fitrah mahukan tuhan pabila hidayah tidak sampai maka tuhan yang tidak dijumpai akan dicipta . Mereka menjadikan Petranadon sebagai tuhan walhal Petranadon hanya pemangsa yang menjadikan mereka santapan .

03. Setiap manusia akan pasti melakukan kesilapan samaada dosa itu kecil atau besar namun begitu setiap manusia mempunyai pilihan samaada mahu membaikinya atau melarikan diri itulah yang membezakan Echad dan Khairin .

04. Manusia terlalu buta akan cinta . Afiq terlalu cintakan Ummu sehingga dia menjadi buta . Buta kerana hanya mampu melihat Ummu seorang gadis yang sempurna sehingga tidak nampak Aisyah yang mampu sempurnakan dia .

05. Tidak ada apa yang menjadi kesalahan untuk mengikut adat dan budaya . Apa yang menjadi salah adalah apabila mereka membuang agama kerana adat . Sudah menjadi adat untuk puak bunian yang memilih calon suami kepada anak mereka yang menjadi masalah adalah apabila mereka mengabaikan agama sehingga sanggup membuat fitnah malahan membunuh .

06. Qarin memang jahat nak mampus ! Disebabkan dialah beberapa penumpang pesawat tersebut menemui ajal . Namun tiada siapa yang nampak kerana dia jugalah penumpang pesawat terselamat . Menjadi lumrah hidup kita untuk nampak keburukan seseorang namun tidak nampak jasa dia yang lebih besar .

07. Penulis kena friendzone dengan awek berlesung pipit . Yang nie aku reka . Betul atau tak tanya penulis sendiri .

No comments:

Post a Comment