Merah Kasturi

Merah Kasturi blog review mengenai gaming , filem , buku , drama di dalam Bahasa Malaysia

Responsive Ads Here

Monday 26 October 2015

Final Fantasy X - Cara Mudah kumpul Gil

Walaupun Yuna dan Gurdiannya di dalam misi besar untuk selamatkan Spira dari ancaman Sin , mereka masih perlu beli barang menggunakan duit mereka sendiri .  Salah satu sebab yang dinyatakan oleh Rin adalah mereka perlukan Gil untuk baik pulih bangunan ang rosak selepas Yuna dan Guardian berjaya tewaskan Sin . Jadi bagaimana ingin mengumpul Gil dengan mudah ?




Godhand 

Celestial Weapon milik Rikku memiliki kelebihan Gilleon  yang akan meningkat jumlah Gil dua kali ganda selepas tamat perlawanan dengan syarat Rikku berada di barisan hadapan ketika musuh ditewaskan . Menamatkan perlawanan dengan Aeons tidak aktifkan kelebihan ini .

Customize Gillionaire

Karekter lain selain Rikku juga boleh menggunakan kelebihan Gillionaire , hanya perlu customize dengan menggunakan Designner Wallet . Abiliti ini bukan dalam ketegori Stack Up di dalam erti kata lain tiada perbezaaan sekiranya satu karekter saja pakai atau lebih . 

Mimic My Gil

Anda telah berjaya memiliki Godhand atau senjata dengan kelebihan Gillionaire  , bagaimana cara untuk melipat gandakan  lagi ? Pergi ke Omega Ruins [69-75][33-38] dengan bantuan Search , ada sejenis makhluk di dalam treasure box  yang akan muncul apabila menggunakan abiliti Steal padanya .  Kalahkan makhluk bernama Mimic ini dan Zaurus akan member Gil sebanyak 50 000 malahan sekiranya diguna bersama Godhand/ Gillionaire  akan meningkat dua kali ganda sebanyak 100 000 Gil untuk satu perlawanan  !

Jualan Amal Untuk Selamatkan Spira 

"Mari beli mari beli ! Setiap pembelian akan diguna pakai untuk selamatkan Spira dari Sin" . Tewaskan makhluk di Monster Arena untuk dapat senjata atau armor dan jual kembali bagi mendapat Gil . One eye atau Earth Eater adalah pilihan terbaik .

Selain itu boleh juga beli Armor di Kilika Port dan customize dengan Sos Regen [12 X Healing spring] dan menjualnya kembali . 

No comments:

Post a Comment